ad
AGENDA

Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang

16 Ogos 2023, 3:16 PM
Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang

PUTRAJAYA, 16 OGOS: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan hari ini, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik - pembekal’ yang disiarkan semalam.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam belaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel [email protected] dan nombor perhubungan 03-8870 2000.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.