AGENDA

Dua treler terbabit kemalangan, dua lelaki maut

16 Ogos 2023, 12:58 PM
Dua treler terbabit kemalangan, dua lelaki maut

IPOH, 16 OGOS: Dua lelaki maut apabila sebuah treler muatan simen dan sebuah treler muatan tembikai, terbabit dalam kemalangan di kilometer 317.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara antara Gopeng dan Tapah, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak Sayani Saidon berkata kemalangan yang turut melibatkan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda itu juga, menyebabkan seorang lagi mangsa cedera.

“Kemalangan tiga kenderaan itu menyebabkan pemandu treler muatan tembikai, seorang lelaki Melayu tersepit dan maut di tempat kejadian.

“Pemandu treler muatan simen juga seorang lelaki Melayu turut disahkan maut,” katanya dalam satu kenyataan.

Sayani berkata pemandu pacuan empat roda jenis Ford Ranger iaitu seorang wanita, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tapah.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.