BERITA UTAMA

Peniaga makanan manfaat jualan murah, beli bahan mentah segar

16 Ogos 2023, 10:30 AM
Peniaga makanan manfaat jualan murah, beli bahan mentah segar
Peniaga makanan manfaat jualan murah, beli bahan mentah segar
Peniaga makanan manfaat jualan murah, beli bahan mentah segar

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kembar tiga yang juga pengusaha kedai makan bersyukur atas inisiatif dijalankan Kerajaan Negeri yang menganjurkan Jualan Ehsan Rahmah (JER) sejak tahun lalu.

Pemilik The Coffee Dock, Iqbal Amzar Bukory,28, berkata sebagai pengusaha makanan pastinya kos bahan mentah menjadi keutamaan selain kualiti terbaik untuk pelanggan.

[caption id="attachment_598118" align="alignright" width="406"] Iqbal Amzar Bukhory, 28[/caption]

“Dapat bahan mentah basah yang murah, berkualiti dan segar, pasti di JER.

“Kami juga dapat mengurangkan kos bahan mentah apabila berbelanja di sini cuma tidaklah kami mengikuti semua lokasi memandangkan ia adalah untuk komuniti, sebaiknya biarlah keluarga yang memerlukan berbelanja di sini,” katanya yang turut hadir berbelanja bersama rakan niaga mereka Aiman Danial Mahmud Fuadi,26.

Bagi Jariah Ngah,70, sejak JER diperkenalkan dia begitu teruja untuk berbelanja kerana tawaran harga jauh lebih murah berbanding pasaran luar.

“Kali pertama berbelanja di sini saya terkejut melihat harga ayam standard hanya RM10. Terkejut sebab murah.

[caption id="attachment_598120" align="alignleft" width="403"] Jariah Ngah, 70[/caption]

“Selepas itu saya juga bertuah kerana duduk berhampiran dengan Outpet PKPS. Jika sudah berbelanja di sana, saya tidak akan datang ke JER bagi memberi ruang pengunjung lain untuk berbelanja di sini,” katanya.

Bagi bapa kepada lima orang cahaya mata, Azwan Yassir,43, jualan murah itu sememangnya banyak mengurangkan kos sara hidup terutama pembelian bahan mentah asas.

“Keluarga saya besar. Dengan ekonomi tidak menentu kerana bekerja sendiri, masak di rumah lebih baik berbanding makan di luar.

“Apabila keperluan asas dijual dengan harga murah, sudah tentu ia menberi manfaat kepada kami sekeluarga. Saya harapkan JER ini dapat diteruskan untuk rakyat,” katanya lagi.