AGENSI

Orang ramai dipelawa sertai pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan

16 Ogos 2023, 4:01 AM
Orang ramai dipelawa sertai pertandingan deklamasi puisi kemerdekaan

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 16 OGOS: Bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan tahun ini, orang ramai dipelawa menyertai pertandingan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke-37 peringkat Selangor pada 3 September ini.

Program anjuran Persatuan Penulis & Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) itu diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

“Pertandingan ini terbuka kepada peserta berusia 18 tahun ke atas dan hanya dibenarkan menyertai acara ini sama ada di peringkat negeri atau institusi pada tahun sama.

“Peserta juga akan menggunakan teks puisi daripada buku antologi puisi Ke Sarang Cenderawasih terbitan Gapena 2023,” maklum Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menerusi Facebook hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di https://docs.google.com/forms/d 1O9vOyUtjSoXofUJQguuF_e7w8fUnVvWPzl9X77sfSXg/ dan tarikh tutup penyertaan 25 Ogos ini.

Selain PPAS, pertandingan deklamasi puisi ini turut mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (Pernilam).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.