ad
AGENSI

Sertai saringan awal kesan tahap perkembangan anak kelainan upaya

15 Ogos 2023, 10:43 AM
Sertai saringan awal kesan tahap perkembangan anak kelainan upaya
Sertai saringan awal kesan tahap perkembangan anak kelainan upaya

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 OGOS: Ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas dipelawa menyertai program saringan awal percuma anjuran Jabatan Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Agensi terbabit memaklumkan program saringan selama dua jam itu dirangka khusus untuk kanak-kanak yang tidak pernah melalui sebarang saringan serta tidak pernah menerima rujukan daripada doktor pakar.

"Tujuan utama saringan awal adalah membantu ibu bapa mengenal pasti tahap perkembangan anak serta merancang intervensi awal kepada anak yang kelainan upaya.

"Rumusan laporan oleh sekumpulan pakar dari pelbagai bidang seperti rawatan terapi pekerjaan (occupational therapy), terapi pertuturan (speech therapy) dan doktor pakar akan diberikan kepada ibu bapa bagi tindakan selanjutnya," maklumnya di Facebook.

ANIS berkata permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman sesawang https://www.anisselangor.com/daftarsaringan.

Pada 15 April Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri menambah peruntukan berjumlah RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini dalam usaha meningkatkan pendidikan dan keupayaan kanak-kanak istimewa di Selangor.

Amirudin berkata kewujudan ANIS menjadikan Selangor satu-satu negeri yang mempunyai jabatan khas untuk menjaga kebajikan golongan terbabit termasuk memberi bantuan, melatih pendidik sehinggalah memberi kemahiran bekerja.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.