ad
AGENDA

Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor

12 Ogos 2023, 1:58 AM
Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor
Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor
Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor
Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor
Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor
Selebriti keluar awal, tunai hak pilih wakil rakyat baharu Selangor

SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai turun mengundi seawal 7 pagi di banyak lokasi dalam tinjauan pasukan wartawan dan jurufoto Selangorkini.

Pilihan raya negeri Selangor, dan lima lagi, menyaksikan persaingan sengit di banyak kerusi, seolah-olah pilihan raya umum November tahun lalu belum selesai.

Mereka yang menunaikan tanggungjawab pada sebelah pagi termasuklah beberapa seniman yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan.

Azwan Ali membuang undi di SK Klang Gate dan Sasha Saidin di SMK Seri Keramat bagi menentukan calon DUN Hulu Kelang.

Sementara calon Pakatan Harapan DUN Lembah Jaya Altimet turut membuang undi di SMK Seri Keramat pada Jam 8.10 pagi.

Berikut beberapa lokasi pilihan yang memaparkan orang ramai beratur menunaikan hak menentukan wakil rakyat dan kerajaan negeri:

[caption id="attachment_597519" align="alignnone" width="771"] Calon Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni bersalaman dengan orang ramai ketika hadir untuk membuang undi di SK Jalan Kebun untuk kerusi yang ditandinginya.[/caption]

[caption id="attachment_597515" align="alignnone" width="742"] Orang ramai beratur di tepi kelas SK Salak, Sepang ketika hujan lebat di sebelah pagi bagi memilih wakil rakyat Sungai Pelek.[/caption]

[caption id="attachment_597523" align="alignnone" width="744"] Sebahagian warga emas diberikan kerusi sementara menunggu giliran membuang undi di SK Sri Tiram, Tanjung Karang bagi menentukan calon DUN Permatang[/caption]

[caption id="attachment_597525" align="alignnone" width="767"] Ramai pengundi DUN Gombak Setia bersemangat menunaikan hak di SK Taman Seri Gombak 2 yang menyaksikan pertandingan sengit antara calon Barisan Nasional dan Perikatan Nasional[/caption]

[caption id="attachment_597527" align="alignnone" width="729"] Orang ramai beratur untuk menentukan wakil rakyat DUN Sungai Ramal di SMK Bandar Baru Bangi, Kajang. Kerusi ini menjadi rebutan antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.