SHAH ALAM, 12 OGOS: Orang ramai keluar mengundi seawal 7 pagi di banyak lokasi dalam tinjauan pasukan wartawan dan jurufoto Selangorkini.
Pilihan raya negeri Selangor, dan lima lagi, menyaksikan persaingan sengit di banyak kerusi, seolah-olah pilihan raya umum November tahun lalu belum selesai.
Berikut beberapa lokasi pilihan:
[caption id="attachment_597511" align="alignnone" width="847"]
Orang ramai mula beratur seawal 7 pagi di Sekolah Kebangsaan Jalan Enam Bandar Baru Bangi, Kajang untuk menunaikan tanggungjawab.[/caption]
[caption id="attachment_597512" align="alignnone" width="919"]
Sedar tanggungjawab membuang undi, ramai mula beratur untuk memilih calon wakil rakyat di SMK Gombak Setia.[/caption]
[caption id="attachment_597513" align="alignnone" width="748"]
Orang ramai mula beratur seawal 7.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Shah Alam bagi memilih calon DUN Paya Jaras[/caption]
[caption id="attachment_597514" align="alignnone" width="815"]
Orang ramai mula beratur seawal 7.45 pagi di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram Tanjung Karang, Kuala Selangor untuk mengundi calon Permatang.[/caption]
[caption id="attachment_597520" align="alignnone" width="818"]
Pengundi beratur di SK Salak, Sepang untuk menunaikan tanggungjawab di sebelah pagi sebelum hujan turun.[/caption]


