AGENDA

MB hadiri seminar dedah pelajar kepada isu jenayah, kerjaya polis

9 Ogos 2023, 12:30 PM
MB hadiri seminar dedah pelajar kepada isu jenayah, kerjaya polis
MB hadiri seminar dedah pelajar kepada isu jenayah, kerjaya polis

SHAH ALAM, 9 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menghadiri seminar pembangunan modal insan dan sahsiah diri peringkat negeri di Ideal Convention Centre (IDCC) di sini hari ini.

Program anjuran polis dan Kementerian Pendidikan dirasmikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Program dari pagi disertai lebih 2,000 peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah serta mahasiswa pengajian tinggi.

[caption id="attachment_597146" align="alignnone" width="752"] Pelajar dari pelbagai kolej dan sekolah sekitar Selangor mengikuti Seminar Pembangunan Modal Insan Dan Sahsiah Diri anjuran Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 9 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Peserta didedahkan dengan beberapa isu antaranya penipuan siber dan jenayah seksual selain sesi soal jawab bersama kepimpinan tertinggi polis.

Mereka juga diberikan maklumat berhubung kerjaya sebagai anggota polis serta integriti pasukan beruniform itu.