AGENDA

MB yakin gabungan HARAPAN, BN menang majoriti dua pertiga

8 Ogos 2023, 2:39 PM
MB yakin gabungan HARAPAN, BN menang majoriti dua pertiga

SEKINCHAN, 8 OGOS: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yakin gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat memperoleh kemenangan majoriti dua pertiga sekali gus membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Beliau berkata gabungan itu mampu menang 38 hingga 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, dengan BN dilihat mampu memperoleh lebih daripada enam kerusi.

Sebelum DUN dibubarkan PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (PBM) (dua) manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.

Satu lagi kerusi, DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak pada Sabtu ini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.