AGENDA

PM umum kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 mulai esok

8 Ogos 2023, 4:35 AM
PM umum kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 mulai esok

PARIT BUNTAR, 8 OGOS: Perdana menteri hari ini mengumumkan berita baik buat pesawah negara iaitu kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan mulai esok.

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini.

“Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim dulu ketika jadi menteri kewangan pernah naikkan (kadar).

“Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.