ad
AGENDA

Pilih HARAPAN-BN untuk bolehkan rakyat nikmati lebih banyak manfaat

7 Ogos 2023, 3:23 AM
Pilih HARAPAN-BN untuk bolehkan rakyat nikmati lebih banyak manfaat

PETALING JAYA, 7 OGOS: Rakyat Selangor wajar memilih gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan lebih banyak hasil negeri diagihkan.

Dato’ Menteri Besar berkata segala usaha yang dilaksanakan pentadbiran sedia ada juga akan mempunyai kesinambungan, seterusnya rakyat bakal menikmati lebih banyak manfaat.

“Kita boleh melanjutkan dan menjadikan kesinambungan kepada kejayaan ekonomi dan kemajuan negeri. Ini untuk kita pulihkan semula negara. Hendak pulihkan kena bersatu hati, sepakat.

"Jadi, kena sokong HARAPAN dan bersama persekutuan. Sama-sama duduk, lupakan sengketa lama dan pulihkan negara selepas pandemik Covid-19 dan langkah Sheraton yang rosakkan politik negara,”

kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berucap dalam program Ceramah Umum Perpaduan DUN Taman Medan malam tadi, pengerusi HARAPAN Selangor berkata kemajuan sedia ada akan ditambah baik untuk menjamin kebajikan rakyat.

“Program-program yang ditawar akan disambung. Kita tambah baik mana yang perlu dan pastikan rakyat dapat manfaat,” katanya lagi.

Isnin lalu, Amirudin yang juga calon Sungai Tua melancarkan Tawaran Kita Selangor merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran negeri, manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.