AGENDA

Menteri agama: Jangan mudah kafirkan sesama Islam, cetus gelisah masyarakat

5 Ogos 2023, 2:30 PM
Menteri agama: Jangan mudah kafirkan sesama Islam, cetus gelisah masyarakat

PUTRAJAYA, 5 OGOS: Semua pihak dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan bahawa seseorang muslim itu menjadi kafir kerana dakwaan seumpama itu amat berat dan tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata sikap suka kafir-mengkafir sesama muslim bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

"Tindakan seperti ini (menuduh seorang muslim kafir) amat berbahaya kerana ia bertentangan dengan prinsip agama selain akan mencetus kegelisahan dalam masyarakat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Na’im sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlu dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam bidang tersebut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.