ad
AGENDA

HARAPAN-BN miliki prestasi baik, sokong demi kestabilan politik

5 Ogos 2023, 8:23 AM
HARAPAN-BN miliki prestasi baik, sokong demi kestabilan politik

SHAH ALAM, 5 OGOS: Pengundi Selangor diminta menyokong calon Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) berikutan kedua-dua gabungan itu memiliki prestasi baik dalam mentadbir negeri.

Naib presiden Umno berkata kestabilan politik dan pemimpin berkebolehan juga penting sebagai asas membentuk kerajaan negeri dan persekutuan yang berkesan, lapor New Straits Times.

“Selangor ditadbir BN selama 60 tahun, kemudian kita kalah dan diambil alih HARAPAN. Kita tengok mereka (HARAPAN) juga boleh membangunkan negeri dengan baik,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ditemui ketika beramah mesra dengan orang ramai Pasar Tani AU2 bersama calon Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli, beliau menambah pentadbiran stabil akan memacu ekonomi dan memanfaatkan rakyat.

Dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos, Juwairiya bersaing satu lawan satu menentang bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.