ad
AGENDA

PM jamin pelihara hak istimewa kaum Melayu

2 Ogos 2023, 5:22 AM
PM jamin pelihara hak istimewa kaum Melayu

OLEH AMIRUL FAZLI

KUALA LANGAT, 2 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kedudukan istimewa kaum Melayu akan terus dipelihara bawah kerajaan perpaduan pimpinannya.

Menepis dakwaan pentadbirannya menjejaskan kedudukan orang Melayu, beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional bersetuju memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu terbela.

"Ada pihak berkata di bawah kepimpinan saya akan menjejaskan kedudukan orang Melayu tapi saya tegaskan ia tidak akan berlaku.

"Pakatan Harapan dan Barisan Nasional telah bersetuju untuk memastikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," ucapnya.

Anwar berucap demikian pada program kenduri rakyat DUN Morib di Dewan Putra, Kampong Sawah, Kuala Langat, malam tadi.

Sebelum ini, ada pihak tertentu cuba memainkan isu kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk memberi gambaran kurang baik bawah kepimpinan beliau.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.