ad
AGENSI

Bantuan pendidikan negeri ditambah baik penuhi keperluan golongan sasar

31 Jul 2023, 7:39 AM
Bantuan pendidikan negeri ditambah baik penuhi keperluan golongan sasar

OLEH FHATIHAH ZAKINAN

SHAH ALAM, 31 JULAI: Bantuan pendidikan negeri ditambah baik mengikut keperluan semasa bagi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan sasar, maklum Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

Menurut ketua tanggungjawab sosial korporatnya, pentadbiran negeri juga meneruskan sebahagian usaha dibawa mantan Dato' Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bantuan ini (pendidikan) sentiasa kita teruskan bermula dari Kerajaan Pakatan Rakyat (ketika itu bawah pimpinan) Allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim dan diteruskan Dato' Seri Amirudin Shari.

"Kita juga tambah baik lagi daripada apa yang ada sehingga jumlah yang ada sekarang ini," kata Ahmad Azri Zainal Nor merujuk dana RM20 juta yang diagih sejak 2018 bagi melaksana agenda itu.

Bercakap dalam temu bual bersama Astro Awani pagi tadi, beliau menambah hala tuju pendidikan yang dilancarkan Yayasan Selangor baru-baru ini akan menyelaras sektor itu di peringkat persekutuan.

"Apabila ada sinergi yang baik antara negeri dan persekutuan, maka pelbagai program dapat dijalankan dengan mudah. Ia akan menaik taraf pendidikan Selangor ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.