ad
AGENDA

Kajian: Hampir 60 peratus pengundi pilih HARAPAN-BN

21 Jul 2023, 8:51 AM
Kajian: Hampir 60 peratus pengundi pilih HARAPAN-BN

SHAH ALAM, 21 JULAI: Hampir 60 peratus pengundi Selangor memilih gabungan parti Kerajaan Perpaduan berbanding pembangkang dalam pertandingan dua penjuru pilihan raya negeri (PRN) bermula 29 Julai ini.

Kira-kira 58 peratus pengundi di negeri ini bersedia menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) pada hari mengundi 12 Ogos ini, menurut firma tinjauan pendapat Institut Darul Ehsan (IDE).

Menurut Kajian Persepsi Pengundi Menjelang PRN ke-15 Negeri Selangor, Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan 16 peratus, manakala baki 26 peratus lagi dianggap atas pagar atau belum membuat keputusan.

Pecahan sokongan masing-masing gabungan seperti berikut:

  • HARAPAN : 47.6 peratus Melayu akan menyokong, Cina (71.7 peratus) dan India (71.8 peratus)
  • PN : 27.2 peratus Melayu akan menyokong, Cina (0.2 peratus) dan India (2.5 peratus)
  • Atas pagar : 14.5 peratus Melayu belum membuat keputusan, Cina (16.8 peratus) dan India (15.3 peratus)
  • Pengundi muda (18 hingga 24 tahun): 50 peratus memilih HARAPAN-BN, 17 peratus PN tetapi 33 peratus lagi tidak pasti

Jika berlaku pertandingan dua penjuru HARAPAN-BN dengan PN, keterujaan responden seperti berikut:

  • 63.5 peratus mahu membuang undi
  • 60.9 peratus menyokong pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Putrajaya
  • 71 peratus melihat HARAPAN dengan positif
  •  42.8 peratus positif terhadap BN
  •  40.5 peratus melihat positif pada PN

Seramai 1,693 responden dari 56 Dewan Undangan Negeri terlibat dalam tinjauan bersemuka meliputi semua kaum antara 12 hingga 15 Mei. Ralat kesilapan sebanyak 2.5 peratus.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.