ad
ADN

Jimat kos dapur, penduduk Subang Jaya harap jualan murah diterus

16 Jul 2023, 1:00 PM
Jimat kos dapur, penduduk Subang Jaya harap jualan murah diterus
Jimat kos dapur, penduduk Subang Jaya harap jualan murah diterus

Oleh JULIANA JOHAR

SUBANG JAYA, 16 JULAI: Rata-rata penduduk Parlimen Subang Jaya berharap Jualan Ehsan Rahmah (JER) diteruskan pada masa akan datang kerana program itu amat membantu menjimatkan kos membeli barangan dapur.

Penyandang kerusi DUN Subang Jaya Michelle Ng berkata penduduk yang ditemui berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang menyediakan inisiatif yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

"Saya lihat sambutan sangat menggalakkan dan saya juga dengar keluhan rakyat dengan menghadirkan diri dalam program sebegini.

"Selain barangan yang sedia ada dijual, penduduk juga ada suarakan kalau boleh diadakan juga jualan untuk bahan asas lain seperti gula dan tepung," katanya ketika meninjau program JER Parlimen Subang Jaya di sini hari ini.

[caption id="attachment_593369" align="alignnone" width="758"] Seorang kanak-kanak berusaha mengangkat minyak masak yang dibeli ketika Jualan Ehsan Rahmah (JER) Parlimen Subang Jaya di IPD Subang Jaya pada 16 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]

Tambah beliau, sekira dilantik sekali lagi sebagai wakil rakyat di kawasan itu, beliau akan membawa isu yang dikemukakan pengunjung JER seperti menambah jenis barangan pada jualan berkenaan.

Terdahulu, kira-kira 300 pengunjung menyerbu jualan yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sehingga barangan habis terjual dalam tempoh kurang sejam.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Program tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga Disember, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Orang ramai boleh menyemak lokasi terkini JER seluruh negeri, setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.