ad
AGENDA

Bas ekspres terbakar di Lebuhraya KL-Karak, 42 penumpang selamat

16 Jul 2023, 10:09 AM
Bas ekspres terbakar di Lebuhraya KL-Karak, 42 penumpang selamat

KUANTAN, 16 JULAI: Seramai 42 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang mereka naiki terbakar di KM52.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bentong, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.15 malam sebelum dua jentera bersama lapan pegawai serta dua anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bentong digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya bas itu dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Kota Bharu, Kelantan dan kebakaran dipercayai bermula dari bahagian enjin kenderaan itu.

“Bas berkenaan musnah sepenuhnya, bagaimanapun, dua pemandu dan 42 penumpang berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi yang turut dibantu enam anggota Pasukan Bomba Sukarela Janda Baik itu tamat pada 12.40 tengah malam.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.