AGENSI

Parlimen Pandan, Kuala Selangor antara lokasi jualan murah esok

12 Jul 2023, 10:00 AM
Parlimen Pandan, Kuala Selangor antara lokasi jualan murah esok
Parlimen Pandan, Kuala Selangor antara lokasi jualan murah esok

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 12 JULAI: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke sembilan lokasi esok mulai 10 pagi.

Kawasan terlibat meliputi hadapan Kedai Dol Jabit, Jalan Bunga Kemboja 8 (Parlimen Pandan), Pangsapuri Begonia (Parlimen Subang) dan Gasing Indah (Parlimen Petaling Jaya).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) turut diadakan di Kedai Anggerik Maju (Parlimen Kuala Selangor), Surau Tali Air 8 (Parlimen Sungai Besar) dan Lorong Manikavasagam 9E (Parlimen Kota Raja).

Ia juga berlangsung di Rumah Sidang (Parlimen sabak Bernam), pekarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Sedu (Parlimen Kuala Langat) dan Dewan Kampung Ulu Chuchoh (Parlimen Sepang).

Produk dijual meliputi ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai 15 Julai, PKPS bakal menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Program tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Jelajah Ehsan Rakyat dilanjut hingga hujung tahun ini berikutan sambutan menggalakkan orang ramai.

PKPS juga pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Orang ramai boleh menyemak lokasi lengkap jualan murah setiap hari (kecuali Jumaat dan cuti umum) di Facebook PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.