ad
AGENDA

Mohon pelbagai jawatan kosong di Selangor Kerjaya hujung bulan ini

11 Jul 2023, 4:28 AM
Mohon pelbagai jawatan kosong di Selangor Kerjaya hujung bulan ini
Mohon pelbagai jawatan kosong di Selangor Kerjaya hujung bulan ini
Mohon pelbagai jawatan kosong di Selangor Kerjaya hujung bulan ini

Oleh Nina Farzuin Md Sharom

SHAH ALAM, 11 JULAI: Pencari kerja dipelawa memohon pelbagai jawatan kosong menerusi program Selangor Kerjaya di Ruang Shah Alam, Seksyen 16 pada 29 Julai ini.

Selain temu duga terbuka pelbagai aktiviti turut disediakan kepada pengunjung antaranya perkhidmatan kaunseling kerjaya dan cabutan bertuah.

Pengunjung diminta mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang Selangor Kerjaya yang mana 100 peserta terawal akan menerima 'goodies bag'.

[caption id="attachment_494549" align="alignnone" width="767"] Orang ramai mengunjungi pameran kerjaya sempena Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada 6 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Peserta juga diminta menyelesaikan ujian kendiri dan membawa salinan resume serta memakai pakaian bersesuaian ketika menghadiri program yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Selangor Kerjaya melalui media sosial atau e-mel ke [email protected]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.