AGENSI

Sertai kelas jahitan kanak-kanak setiap Sabtu sepanjang Julai

11 Jul 2023, 3:40 AM
Sertai kelas jahitan kanak-kanak setiap Sabtu sepanjang Julai
Sertai kelas jahitan kanak-kanak setiap Sabtu sepanjang Julai

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 11 JULAI: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menganjur kelas jahitan baju-T untuk kanak-kanak di Pustaka Raja Tun Uda setiap Sabtu bulan ini.

Penolong Pustakawan Pustaka Raja Tun Uda berkata kelas bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari dibuka kepada kanak-kanak berusia sembilan hingga 15 tahun.

Menurut Nazleeza Hassan, kelas di bilik latihan aras dua pustaka itu dikendali tenaga pengajar Nurul Hannan Kamalrudin atau dikenali Ibu Hanna.

"Peserta hanya perlu membayar RM30 setiap kali menyertai kelas dan PPAS akan menyediakan mesin jahit, bahan jahitan serta makan tengah hari untuk mereka.

"Kelas pertama telah bermula 8 Julai lalu dan peserta masih boleh mendaftar untuk kelas seterusnya minggu depan," kata ketika dihubungi.

Penyertaan terhad kepada 24 peserta setiap sesi dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Nazleeza di talian 019-679 2288.