ad
AGENSI

Media Selangor unit penting Kerajaan Negeri, salur maklumat kepada rakyat

10 Jul 2023, 6:06 AM
Media Selangor unit penting Kerajaan Negeri, salur maklumat kepada rakyat
Media Selangor unit penting Kerajaan Negeri, salur maklumat kepada rakyat
Media Selangor unit penting Kerajaan Negeri, salur maklumat kepada rakyat

SHAH ALAM, 10 JULAI: Dato’ Menteri Besar menyifatkan Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) sebagai unit yang amat penting kepada Kerajaan Negeri khususnya rakyat.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata fungsi anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI masih boleh dikembangkan sebagai papan pemuka (dashboard) bagi pengisian maklumat dan rujukan rakyat.

“Kita perlu lihat masa depan. Sebagai contoh, Selangor ada Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang akan menterjemah gaya dan corak negeri akan datang.

[caption id="attachment_592071" align="alignnone" width="947"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menguji bakat sebagai pembaca berita di SelangorTV ketika Lawatan Rasmi dan Amanat Khas di Ibu Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 10 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“MSSB juga perlu ada beberapa perkara yang harus ditonjolkan khususnya dalam PRN. Perlu ambil kesempatan untuk kita bentuk bahawa kita adalah saluran rasmi utama untuk Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat khas sempena lawatan rasmi ke MSBB di Menara Bank Rakyat di sini, hari ini.

Amirudin tiba kira-kira jam 10 pagi diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim; Ketua Pegawai Eksekutif MBI Norita Mohd Sidek, dan Ketua Pegawai Eksekutif MSSB Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree.

[caption id="attachment_592072" align="alignnone" width="758"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mencuba permainan pool ketika Lawatan Rasmi dan Amanat Khas di Ibu Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 10 Julai 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Ahli parlimen Gombak itu meluangkan masa lebih dua jam dan turut menonjolkan bakat sebagai pembaca berita di SelangorTV, melawat studio dan konti radio serta beramah mesra dengan kakitangan.

Beliau turut menyempurnakan perasmian pejabat baharu MSSB yang terletak di Menara Bank Rakyat di sini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.