ad
AGENDA

Jentera AMK Johor Bahru berkampung di Kota Anggerik, bantu kempen calon HARAPAN

10 Jul 2023, 4:48 AM
Jentera AMK Johor Bahru berkampung di Kota Anggerik, bantu kempen calon HARAPAN

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jentera Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor Bahru akan berkampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik untuk membantu kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengarah Strategi Keadilan Akmal Nasir berkata jentera juga bersiap sedia bagi memastikan kerusi itu kekal milik gabungan berkenaan dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung 12 Ogos.

“Jentera perlu gunakan PRN ini untuk terangkan usaha Kerajaan Perpaduan menyelesaikan masalah yang ditinggalkan kerajaan dahulu. Menteri juga turun padang, perbaiki fakta dan jentera perlu bantu.

“Fokus kekalkan Selangor selaku kubu kuat HARAPAN dan bentuk Kerajaan Perpaduan bersama rakan baharu kita Barisan Nasional (BN),” katanya berucap di sini malam tadi.

Malam tadi turut berlangsung Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Utama dan Jentera Pilihan Raya Kota Anggerik di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Anggerik.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata jentera BN bersama HARAPAN bersedia menggempur seluruh kawasan itu untuk 'melenyapkan' Perikatan Nasional.

“Tidak kira siapa calon Kota Anggerik, parti didahulukan untuk bawa semangat perpaduan. Jentera BN sudah mulakan ‘mood perang’ untuk kekalkan kemenangan dua pertiga majoriti.

"Ini demi kestabilan kerana kita tidak mahu Kerajaan Selangor ditadbir golongan pengkhianat,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.