ad
ADN

Peruntuk RM50,000 baik pulih jalan Kampung Idaman

7 Jul 2023, 12:31 AM
Peruntuk RM50,000 baik pulih jalan Kampung Idaman
Peruntuk RM50,000 baik pulih jalan Kampung Idaman

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 7 JULAI: Jalan raya Kampung Idaman, Bestari Jaya yang siap dibaik pulih dengan kos kira-kira RM50,000 memberi keselesaan kepada lebih 300 penduduk kampung berkenaan.

Penyandang Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin berkata kerja baik pulih yang menggunakan peruntukan di bawah Projek Selangor Penyayang itu bermula 22 Mei lalu dan siap 12 Jun lalu.

"Kerja baik pulih ini melibatkan turapan jalan di dua lorong dan satu jalan utama sepanjang 870 meter.

"Kerja turapan tersebut dijalankan kontraktor di bawah Pejabat Daerah Kuala Selangor," katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu Rozana memaklumkan beliau sudah melakukan lawatan ke kampung itu kelmarin untuk melihat jalan yang telah dibaik pulih.

[caption id="attachment_591419" align="aligncenter" width="683"] Antara jalan di Kampung Idaman, Bestari Jaya yang siap dibaik pulih pada 12 Jun 2023 dengan kos RM50,000. Foto Facebook Rozana Zainal Abidin[/caption]

Menurut beliau kerja baik pulih itu dilaksanakan hasil tinjauan pasukan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang yang kerap turun padang untuk meninjau jalan kampung rosak dan perlu dibaiki.

Menerusi Belanjawan 2023 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan RM28 juta diperuntuk di bawah inisiatif projek Selangor Penyayang sebagai usaha mempergiat dan merancakkan ekonomi setempat dengan penyediaan projek kecil demi manfaat rakyat.

Keutamaan bagi pelaksanaan projek itu akan diberikan kepada projek penyelenggaraan dan menaik taraf infrastruktur serta pembangunan kemudahan awam kerajaan termasuk yang tidak mempunyai peruntukan penyelenggaraan tahunan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.