AGENSI

MBI sumbang 50 kit jenazah, ringan beban kariah Masjid Ar-Ridhuan

5 Jul 2023, 12:00 PM
MBI sumbang 50 kit jenazah, ringan beban kariah Masjid Ar-Ridhuan

OLEH NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 5 JULAI: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan 50 set kit jenazah kepada pengurusan Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Klang.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata sumbangan bertujuan meringankan beban ahli kariah yang kurang berkemampuan dalam menguruskan kematian ahli keluarga.

"Mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor Dato' Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Selangor Incorporated, saya menyerahkan sumbangan 50 set kit jenazah kepada pengurusan masjid yang diwakili oleh Ustaz Ahmad Shauqie.

"Sumbangan ini boleh diberikan kepada waris bagi jenazah yang kurang berkemampuan untuk menguruskan jenazah ahli keluarga tercinta," katanya di Facebook, hari ini.

Menurut Ahmad Azri pihaknya juga bercadang untuk meneruskan sumbangan seumpama ini di kawasan-kawasan lain yang memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.