AGENDA

MB sertai program korban libat tiga kampung di Sungai Chinchin

1 Jul 2023, 8:36 AM
MB sertai program korban libat tiga kampung di Sungai Chinchin
MB sertai program korban libat tiga kampung di Sungai Chinchin
MB sertai program korban libat tiga kampung di Sungai Chinchin

Oleh Najamuddin Mohd Nor

GOMBAK, 1 JULAI: Dato' Menteri Besar menyertai jelajah Ziarah Korban Parlimen Gombak di tiga kampung sekitar Sungai Chinchin, di sini hari ini.

Kehadiran Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad pada jam 12.40 tengah hari disambut penduduk Kampung Pinggiran 3, Kampung Pinggiran 4 dan Kampung Pinggiran 5.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak kemudian mengagihkan daging korban kepada kira-kira 70 orang asnaf, ibu tunggal dan orang kelainan upaya.

[caption id="attachment_590369" align="aligncenter" width="727"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama orang ramai sempena jelajah Ziarah Korban Parlimen Gombak di Taman Belian Gombak pada 1 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI.[/caption]

Dalam ucapannya, beliau berkata perasan penuh kesyukuran perlu dizahirkan setiap umat Islam di negara sempena sambutan Aidiladha.

'Justeru, saya berharap pengertian pengorbanan dapat diterjemahkan setiap rakyat untuk kebaikan negara, negeri Selangor dan syiar Islam.

"Insya-Allah diharapkan kita juga mempunyai semangat yang tinggi berkorban untuk negara, negeri Selangor dan agama Islam khususnya," ucapnya.

[caption id="attachment_590362" align="aligncenter" width="727"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad menyertai program memasak bersama persatuan penduduk flat AU1B di Taman Keramat Permai pada 1 Julai 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.