AGENDA

MB: Dana RM1 juta bina rumah Orang Asli, jamin kebajikan semua golongan

23 Jun 2023, 8:34 AM
MB: Dana RM1 juta bina rumah Orang Asli, jamin kebajikan semua golongan
MB: Dana RM1 juta bina rumah Orang Asli, jamin kebajikan semua golongan

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 23 JUN: Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi membina kediaman khusus bagi komuniti Orang Asli di negeri ini.

 Dato’ Menteri Besar berkata projek pembinaan kediaman yang dilaksanakan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dijangka bermula bulan ini.

“Belanjawan Selangor 2023 telah memperuntukkan RM1 juta untuk menjamin keselesaan kehidupan masyarakat orang Asal serta kebajikan semua. Tiada yang tertinggal dan disisih di bumi Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Pada 11 Jun, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata MBI sebagai agensi pelaksana bagi bantuan berkenaan memantau dan melantik kontraktor bagi kerja pembinaan rumah.

Menurutnya projek yang  kini dalam proses akhir untuk pelantikan kontraktor lebih banyak ditumpukan kepada bina baharu dengan anggaran RM30,000 hingga RM40,000 bagi sebuah rumah.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM1 juta bagi menyediakan tempat kediaman selesa dan selamat kepada masyarakat Orang Asli melalui projek baik pulih dan pembinaan baharu.

Amirudin  ketika membentangkannya memaklumkan perumahan sempurna impian semua lapisan masyarakat di negeri ini.

[caption id="attachment_588877" align="aligncenter" width="715"] Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.