AGENSI

MBI sumbang RM10,000, tampung kos operasi Unit Khas Van Jenazah

20 Jun 2023, 3:08 AM
MBI sumbang RM10,000, tampung kos operasi Unit Khas Van Jenazah

Oleh IMAN IZZIQRY

SHAH ALAM, 20 JUN: Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) menerima sumbangan RM10,000 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dalam satu majlis ringkas di Teluk Pulai, Klang, semalam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI berkata sumbangan diberikan berikutan kegigihan UKVJ membantu golongan kurang berkemampuan menguruskan kematian ahli keluarga secara percuma di Selangor.

"Tiada sebarang caj dikenakan kepada waris yang tidak berkemampuan untuk menguruskan jenazah ahli keluarga. Bahkan khidmat mereka juga turut digunakan pihak hospital dan polis.

"Hampir saban tahun, MBI membantu UKVJ dengan sokongan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri. Saya yakin amal baik dan khidmat bakti yang UKVJ paparkan adalah menepati fardu kifayah yang mungkin kita semua tidak mampu lakukan," kata Ahmad Azri Zainal Nor di Facebook, hari ini.

Sementara itu, UKVJ mengucapkan terima kasih kepada MBI kerana terus menyokong mereka melakukan kerja-kerja fardu kifayah itu.

"Team UKVJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada MBI kerana menyalurkan sumbangan kos operasi kepada kami," kata wakilnya di Facebook.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.