AGENSI

Kerjasama PKNS, bank bantu lebih ramai belia miliki rumah

17 Jun 2023, 9:00 AM
Kerjasama PKNS, bank bantu lebih ramai belia miliki rumah

Oleh DIANA ABD WAHAB

HULU SELANGOR, 16 JUN: Kerjasama strategik di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan beberapa institusi perbankan dijangka membantu lebih ramai belia memiliki kediaman.

Timbalan ketua pegawai eksekutif (pembangunan hartanah) berkata setakat ini PKNS memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Jalinan kerjasama strategik ini dijangka membantu meningkatkan jualan PKNS kerana pembeli boleh mohon pinjaman dengan bank pilihan mengikut keperluan dan kelayakan mereka.

"Kita beri lebih banyak pilihan kepada pelanggan (kemudahan pembiayaan) malah usaha ini bertujuan tingkatkan tahap pemilikan kediaman kepada lebih ramai belia dan pembeli rumah pertama," kata Md Kamarzan Md Rais.

Terdahulu beliau merasmikan Kempen Discover PKNS 2023 di Antara Gapi, Serendah di sini hari ini.

Pada program itu, Md Kamarzan berkata PKNS menawarkan pakej khas pembelian rumah berkembar dua tingkat iaitu Cassia berkeluasan 2,375 kaki persegi pada harga RM731,000 serta Azhara berkeluasan 2,796 kaki persegi (RM835,000).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.