PBT

MPK pantau premis hiburan keluarga sekitar Klang

17 Jun 2023, 7:58 AM
MPK pantau premis hiburan keluarga sekitar Klang

Oleh Iman Izziqry

SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menjalankan pemantauan pusat hiburan keluarga sekitar daerah itu bagi memastikan operasi premis tidak menyalahi undang-undang.

Operasi Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Klang Utara mendapati enam premis memiliki lesen perniagaan dan iklan yang sah.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati premis-premis beroperasi dengan menjalankan aktiviti seperti snooker atau pool dan mesin video atau simulator.

"Kerjasama erat antara MPK dan polis akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan tiada pihak membelakangi undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa," katanya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.