AGENSI

Tingkat nutrisi, 50 kanak-kanak diberi makanan berkhasiat selama enam bulan

14 Jun 2023, 8:12 AM
Tingkat nutrisi, 50 kanak-kanak diberi makanan berkhasiat selama enam bulan

Oleh YuslizaYakimir Abd Talib

SHAH ALAM, 14 JUN: Seramai 50 orang kanak-kanak berusia antara dua hingga enam tahun di pangsapuri sekitar Seksyen 24, di sini, diberi makanan berkhasiat selama 120 hari atau enam bulan bermula Isnin lalu.

Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan Komuniti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Mohd Azuan Sharani berkata program perintis penjagaan kesihatan untuk penduduk perumahan strata (SEHEART) itu bertujuan meningkatkan nutrisi kanak-kanak.

“Program bersifat intervensi kesihatan ini adalah usahasama antara LPHS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor bagi membantu golongan kanak-kanak yang terbantut dalam kalangan penduduk kawasan strata.

“Program pengupayaan nutrisi ini telah dipilih sebagai perintis dalam memperkasa kesihatan komuniti strata melalui Program SEHEART bagi tahun 2023,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada Mei, Kerajaan Negeri melancar program pengupayaan nutrisi yang merupakan cabang Program SEHEART yang bersifat holistik dan menyeluruh dalam menangani isu kesihatan terutama melibatkan komuniti strata.

Gugusan Perbadanan Pengurusan Anggerik (PPA) di Seksyen 24 Shah Alam dipilih sebagai kawasan perintis program tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.