ad
ADN

Dana RM3,000 bantu tampung kos pengurusan Akademi Bola Sepak Hulu Selangor

14 Jun 2023, 7:59 AM
Dana RM3,000 bantu tampung kos pengurusan Akademi Bola Sepak Hulu Selangor

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 JUN: Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali memperuntukkan RM3,000 bagi menampung kos pengurusan Akademi Bola Sepak Hulu Selangor.

Penyelarasnya Saifuddin Shafi Muhammad berkata pihaknya juga akan membeli jersi dan seluar untuk 120 pelatih akademi itu.

"Saya juga telah memohon peruntukan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk membina tempat duduk dan pili air di padang Taman Ehsan Ibu, Sungai Choh, Rawang.

"Saya juga harap sokongan pihak korporat bagi membantu pembangunan bola sepak di Hulu Selangor yang mempunyai bakat namun kekurangan fasiliti," katanya.

Semalam Saifuddin meninjau latihan para pelatih bawah 12 tahun Akademi Bola Sepak Hulu Selangor di padang Taman Ehsan Ibu atas undangan setiausaha akademi Rais Hafizzudin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.