SHAH ALAM, 14 JUN: Empat keluarga mangsa kebakaran di Meru, Klang baru-baru ini mendapat perhatian Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).
Agensi itu tampil menghulurkan sumbangan wang tunai dan Pek Kasih kepada semua keluarga terbabit ketika tinjauan ke kediaman sementara mereka semalam.
“Yide turun padang menyantuni dan menyerahkan sumbangan kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Meru.
“Kebakaran melibatkan empat buah kediaman dan sebuah kereta milik mangsa turut hangus dalam kejadian itu,” katanya menerusi Facebook.
Menurut Yide, mangsa menceritakan api marak terlalu pantas dan masing-masing tidak sempat menyelamatkan harta benda.
“Punca kebakaran masih dalam siasatan bomba. Yide menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyalurkan infaq dana musibah,” katanya.
[caption id="attachment_586964" align="aligncenter" width="712"]
Wakil Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyerahkan bantuan wang tunai dan Pek Kasih kepada mangsa kebakaran di Meru, Klang pada 13 Jun 2023. Foto ihsan Yide[/caption]


