ad
AGENDA

Wanita tinggal bayi cukup sifat depan masjid dicari

10 Jun 2023, 12:30 AM
Wanita tinggal bayi cukup sifat depan masjid dicari

IPOH, 10 JUN: Bayi perempuan yang dipercayai baru beberapa hari dilahirkan ditemukan di depan pintu utama Masjid An-Najihah Sungai Kepar dekat Semanggol di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintenden Juna Yusoff berkata bayi yang cukup sifat itu serta dibalut dengan kain ditemukan jemaah masjid dalam keadaan sihat dan sempurna.

"Bertindak atas maklumat yang diterima, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita telah masuk ke kawasan masjid dan meninggalkan bayi tersebut,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata wanita itu dilihat beredar pada 11.58 pagi dan pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada bayi terbabit.

Juna berkata pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat dan meminta wanita dalam rakaman CCTV itu tampil ke IPD Kerian bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.