PBT

MPKj kompaun klinik gigi gantung 39 iklan haram di Semenyih

8 Jun 2023, 1:00 PM
MPKj kompaun klinik gigi gantung 39 iklan haram di Semenyih

Oleh Fhatihah Zakinan

SHAH ALAM, 8 JUN: Sebuah klinik gigi di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih dikompaun dan diberi amaran selepas menggantung 39 iklan haram dalam bentuk gegantung di sepanjang jalan besar.

Pegawai Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata tawaran kompaun dilaksanakan sebaik sahaja maklumat lengkap berkenaan iklan tersebut diperolehi.

"Mana-mana klinik yang menggantung sepanduk atau kain rentang tanpa permit akan diberikan amaran dan kompaun.

"Tindakan akan dikenakan mengikut Undang-undang Kecil Perlesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPKj) 2007," kata Kamarul Izlan Sulaiman.

Dalam operasi Isnin lalu, MPKj turut menurunkan 41 gegantung, poster pinjaman berlesen (lapan) dan iklan pelbagai (17) di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi dan Beranang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.