AGENSI

Kusel penuhi program CSR, bantu golongan memerlukan

7 Jun 2023, 9:32 AM
Kusel penuhi program CSR, bantu golongan memerlukan

SHAH ALAM, 7 JUN: Koridor Utiliti Selangor Sdn Bhd (Kusel) melaksana tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi beberapa siri sumbangan kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Pengarah urusannya berkata bantuan meliputi serahan al-Quran braille, penyediaan bot dan kelengkapan mendepani risiko bah selain agihan kepada asnaf dan fakir miskin.

Menurut Khairul Azmi Misran, agensi tersebut turut menaja beberapa acara negeri seperti majlis ulang tahun ke-15 Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), baru-baru ini.

"Usaha ini sebagai salah satu inisiatif menzahirkan sokongan terhadap program kebajikan, yang akan memanfaatkan rakyat khususnya penduduk Selangor," katanya dalam kenyataan.

Kusel, anak syarikat Kerajaan Negeri berperanan sebagai agensi sehenti bagi penyelarasan strategik koridor utiliti bawah tanah selain bermatlamat menjadi pelopor dalam pengurusan infrastruktur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.