AGENDA

Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun

5 Jun 2023, 7:17 AM
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun

SHAH ALAM, 5 JUN: Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, dekat sini semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor memaklumkan, jumlah mangsa di PPS Masjid Bandar Bukit Raja menurun kepada 70 orang daripada 16 keluarga setakat 12 tengah hari tadi, berbanding 135 orang daripada 35 keluarga semalam.

"APM Selangor menjangkakan jumlah mangsa akan terus menurun berikutan air banjir kian surut dan keadaan cuaca yang baik hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, beberapa kawasan di Selangor iaitu Bukit Raja, Meru dan Sungai Buloh dilanda banjir ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam sejak pukul 4 pagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.