AGENDA

Murid tahun enam antara 116 individu kena saman trafik

3 Jun 2023, 1:48 AM
Murid tahun enam antara 116 individu kena saman trafik

SHAH ALAM, 3 JUN: Murid tahun enam antara 116 individu yang disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar dalam operasi di Hulu Terengganu semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan, operasi itu menyasar keselamatan penunggang motosikal dengan kesalahan tertinggi tidak memakai topi keledar.

"Enam penunggang motosikal bawah 16 tahun turut disaman dengan paling muda berusia 12 tahun," katanya seperti dilaporkan portal Berita Harian.

Beliau berkata kesalahan lain termasuk tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran, ubah suai ekzos, lesen tamat tempoh, motosikal tiada insurans dan nombor pendaftaran tidak menepati syarat.

Dalam pada itu, Hasmerra berkata kes penunggang motosikal bawah umur yang terbabit kesalahan akan dimaklumkan kepada penjaga sebagai tindakan susulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.