AGENDA

Mesej PM sempena ulang tahun TUDM ke-65

1 Jun 2023, 8:37 AM
Mesej PM sempena ulang tahun TUDM ke-65

KUALA LUMPUR, 1 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga TUDM.

Dalam hantaran di media sosialnya, Anwar berkata beliau menghargai komitmen semua anggota TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.

"Jasa dan keringat kalian pastinya dihargai sekalian rakyat," menurut Anwar.

Pasukan udara dalam Angkatan Tentera Malaysia ini ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dan dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) ketika itu.

Hari ulang tahun TUDM disambut pada 1 Jun.

Sambutan kali ini bertemakan 'Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara'.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.