PBT

MPK kompaun kilang tak urus asrama pekerja dengan baik, kotor

30 Mei 2023, 9:08 AM
MPK kompaun kilang tak urus asrama pekerja dengan baik, kotor

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 30 MEI: Sebuah kilang di Bukit Kapar dikompaun kerana premis penginapan pekerjanya kotor dan tidak diuruskan dengan baik pada Khamis lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Noraini Roslan berkata operasi itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Pelabuhan Klang.

“​Operasi ini bertujuan memastikan tempat penginapan atau asrama pekerja disediakan majikan mematuhi akta, peraturan serta garis panduan ditetapkan," katanya dalam mesyuarat penuh bulanan MPK hari ini.

Noraini berkata ​enam kertas siasatan di bawah kesalahan Akta Standard Minimum Penginapan Pekerja (Akta 446) dan Akta Pekerja 1955 turut dikeluarkan dalam operasi berkenaan.

“Saya harap operasi ini diadakan secara sekurang-kurangnya tiga kali setahun,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.