ad
AGENSI

Media Selangor bawa kakitangan hayati kisah perjuangan PM

26 Mei 2023, 12:15 AM
Media Selangor bawa kakitangan hayati kisah perjuangan PM
Media Selangor bawa kakitangan hayati kisah perjuangan PM
Media Selangor bawa kakitangan hayati kisah perjuangan PM
Media Selangor bawa kakitangan hayati kisah perjuangan PM

Oleh Shamz Johan

SHAH ALAM, 26 MEI: Lebih 40 warga Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) diberi peluang menghayati kisah hidup dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Movie Day Out semalam.

Ketua Kluster Operasi dan Strategik Mohd Zulkifli Ismail berkata acara itu khusus untuk memberi pendekatan dan informasi mengenai kisah Perdana Menteri ke-10 negara yang difilemkan.

[caption id="attachment_583410" align="alignleft" width="269"] Ketua Kluster Operasi dan Strategik MSSB Mohd Zulkifli Ismail[/caption]

"Kita sentiasa membuat liputan (berita) pelbagai peristiwa yang berlaku, jadi usaha ini diharap dapat memberi informasi kerana ada sebahagian yang tidak mengetahui kisah sebenar, filem ini memberi gambaran apa yang berlaku kepada susuk Anwar Ibrahim," katanya.

Program anjuran bersama Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan Media Selangor (Kerisemas) berlangsung di TGV i-City Shah Alam.

[caption id="attachment_583411" align="alignright" width="266"] Pengerusi Kerisemas Lizawati Madfa[/caption]

Sementara itu, Pengerusi kelab Lizawati Madfa berkata selain menghayati liku perjuangan presiden Parti Keadilan Rakyat, program tersebut juga antara usaha merapatkan silaturahim antara kakitangan.

"Masih banyak kisah lain yang belum diceritakan, justeru, program ini memberi peluang kakitangan menghayati liku dan cabaran dihadapi tokoh politik negara itu, selain dapat mengeratkan silaturahim bersama warga kerja MSSB," katanya.

[caption id="attachment_583412" align="alignnone" width="853"] Kakitangan MSSB menyaksikan Anwar: The Untold Story pada program Movie Day Out - Anwar: The Untold Story di TGV Central i-City, Shah Alam pada 25 Mei 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Filem biopik Anwar: The Untold Story mula ditayangkan di 28 pawagam seluruh negeri pada 18 Mei lalu dan mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Berlatarkan tahun 1993 dan 1998, filem itu menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta perjuangannya yang konsisten menentang amalan rasuah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.