AGENDA

Himpunan ilmuan muda kembalikan nostalgia graduan universiti Timur Tengah

25 Mei 2023, 12:02 AM
Himpunan ilmuan muda kembalikan nostalgia graduan universiti Timur Tengah
Himpunan ilmuan muda kembalikan nostalgia graduan universiti Timur Tengah
Himpunan ilmuan muda kembalikan nostalgia graduan universiti Timur Tengah

SHAH ALAM, 25 MEI: Penganjuran Himpunan Ilmuwan Muda Timur Tengah adalah usaha mengembalikan nostalgia graduan-graduan universiti di Timur Tengah yang pernah belajar dengan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr. Ali Jum'ah, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata menerusi acara tersebut, para graduan universiti Islam di Timur Tengah berpeluang bersua kembali selain menemukan mereka yang tidak sempat bertemu tokoh ulama antarabangsa itu berikutan kesibukannya.

[caption id="attachment_583216" align="alignleft" width="500"] Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum'ah diiringi oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika hadir pada program Himpunan Ilmuwan Muda Timur Tengah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shha Alam pada 24 Mei 2023. Hadir sama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (kiri). Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Perhimpunan pada hari ini akan mengembalikan nostalgia graduan dan mungkin ada yang tidak sempat secara langsung bersama syeikh yang sibuk dengan pelbagai urusan.

"Alhamdulillah, kita didatangkan dengan ulama besar dan masjid negeri menjadi lubuk ilmu. Insya-Allah festival ini dipanjangkan dan diteruskan pada masa hadapan," ucapnya pada acara himpunan tersebut sempena Festival Turath Islami Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah malam tadi.

Amirudin turut berharap graduan dapat menyambut seruan festival tersebut pada masa akan datang demi masa depan negara dan umat Islam.

"Sebenarnya permulaan Festival Turath Islami Selangor adalah apabila saya melihat banyak kitab-kitab yang belum dikaji dan digali ketika mengadakan lawatan ke Mesir.

"Saya berharap graduan menyambut seruan festival ini kerana dalam negara, kehidupan dan masa depan kita dicabar dengan beberapa situasi akal, fikiran dan jiwa.

"Akal yang tidak dapat diuruskan akhirnya merosakkan jiwa, begitu juga sebaliknya. Ini perkara yang harus diisi dan ia terkandung dalam kitab-kitab turath lama," katanya.

[caption id="attachment_583217" align="alignright" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap pada program Himpunan Ilmuwan Muda Timur Tengah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shha Alam pada 24 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Festival Turath Islami Selangor dianjur bagi mengangkat perbincangan dan penghayatan mengenai kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

Program kali pertama dianjurkan dalam bahasa Melayu merangkumi lapan acara termasuk Daurah Afkar Ihya Ulumuddin, seminar penghayatan Ihya Ulumuddin dan interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan.

Dengan kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), festival ini menyasarkan penyertaan 2,500 warga Selangor dan rakyat Malaysia.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.