ad
AGENDA

Semarak seni budaya, RTM tayang tarian, muzik tradisional Selangor

22 Mei 2023, 6:30 AM
Semarak seni budaya, RTM tayang tarian, muzik tradisional Selangor
Semarak seni budaya, RTM tayang tarian, muzik tradisional Selangor

SHAH ALAM, 22 MEI: Tarian dan muzik tradisional Selangor yang dipentaskan dalam program seni warisan Citra Dwi Budaya di Auditorium Perdana, Angkasapuri disiarkan di TV2 pada 20 Mei.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkata seni warisan Selangor iaitu tarian wau kapal, tarian piring dan muzik cempuling dijayakan lapan penari dan 30 pemain muzik dari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

"RTM terus konsisten dalam menyemarakkan perkembangan industri seni dan budaya tanah air termasuk mengangkat seni warisan negara menerusi Citra Dwi Budaya.

“Seni warisan dari negeri-negeri yang terlibat menyajikan persembahan mantap dan dilihat mampu mempopularkan kembali tarian dan muzik tradisional di sesebuah negeri ke peringkat nasional mahupun global,” katanya.

[caption id="attachment_582668" align="aligncenter" width="808"] Peserta seni warisan negeri Selangor dan Perlis selepas menjayakan persembahan Program Citra Dwi Budaya di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 19 Mei 2023. Foto RTM[/caption]

Agensi itu memaklumkan, rakaman program Citra Budaya selama satu jam 30 minit itu turut mempersembahkan seni warisan Perlis iaitu tarian canggung, tarian inang tua, tarian ayam didik, pesona Perlis dan persembahan terinai (alat muzik tradisional).

"Tarian-tarian ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri, contohnya canggung berasal daripada tarian makyung laut yang mula diperkenalkan ketika zaman pendudukan Jepun

1941.

"Manakala tarian wau kapal sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu dan sering dipersembahkan pada waktu senggang selepas musim menuai padi," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.