AGENDA

Tawaran bayaran saman pada kadar khas RM50 berakhir hari ini

21 Mei 2023, 4:00 AM
Tawaran bayaran saman pada kadar khas RM50 berakhir hari ini

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Tawaran bayaran saman pada kadar khas RM50 bagi semua jenis kesalahan trafik berakhir hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa pemilik saman trafik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyelesaikan saman tertunggak itu sebelum berakhir hari ini.

"Kadar khas bayaran saman PDRM. Tinggal satu hari sahaja lagi. Jom bayar segera!," katanya menerusi ciapan di Twitter semalam.

Kadar khas bayaran saman berjumlah RM50 setiap satu bagi semua saman trafik itu bermula dari 21 April lalu hingga 21 Mei ini.

Tawaran khas itu adalah kesalahan pada 2022 dan sebelumnya serta tidak terpakai bagi saman trafik dikeluarkan pada tahun ini serta kes yang masih dalam perbicaraan mahkamah.

Pembayaran saman boleh dilakukan menerusi aplikasi MyBayar Saman, kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada hari bekerja, mesin ATM Maybank serta kaunter pejabat Pos Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.