ad
AGENDA

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

20 Mei 2023, 2:20 AM
Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

KUALA LUMPUR, 20 MEI: Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed mengesahkan perkara itu selepas menerima makluman daripada Chef De Mission misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

“Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya di sisi Allah, semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia.

“Semoga arwah dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan para solihin,” katanya dalam kenyataan ringkas malam tadi.

Misi yang bermula awal April lepas turut disertai antaranya ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak, Muhammad Hawari Hashim dan Vincent Tiong Ling Yang.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.