ad
ADN

Lebih 500 meriahkan program Fun Walk Clean and Green DUN Sentosa

15 Mei 2023, 5:00 AM
Lebih 500 meriahkan program Fun Walk Clean and Green DUN Sentosa
Lebih 500 meriahkan program Fun Walk Clean and Green DUN Sentosa
Lebih 500 meriahkan program Fun Walk Clean and Green DUN Sentosa

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 15 MEI: Lebih 500 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN ) Sentosa menyertai program Fun Walk Clean and Green di Taman Tasik Botanik, Klang semalam.

Program anjuran Pusat Khidmat DUN Sentosa itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan alam sekitar.

Wakil rakyatnya Dr G Gunarajah berkata program tahunan ini juga bertujuan merapatkan hubungan pemimpin dengan penduduk setempat.

"Pelbagai aktiviti dijalankan semalam antaranya gotong-royong membersihkan taman botanik, aktiviti sukan, zumba, cabutan bertuah dan menanam pokok.

"Bagi menghargai jasa kaum ibu, kami turut mengadakan acara potong kek sempena Hari Ibu," katanya ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_581461" align="aligncenter" width="748"] Ahli Dewan Negeri Dr G Gunarajah dan Ketua Polis Daerah Klang Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menanam pokok sempena program Fun Walk Clean and Green di Taman Tasik Botanik, Klang pada 15 Mei 2023. Foto Pusat Khidmat DUN Sentosa[/caption]

Menurut beliau acara selama tiga jam yang bermula 7.30 pagi itu turut disertai Ketua Polis Daerah Klang Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.

"Terima kasih kepada semua yang menyertai program semalam semoga kita sama-sama mendapat manfaat dan bersama menjaga alam sekitar," tambahnya.

[caption id="attachment_581460" align="aligncenter" width="783"] Ahli Dewan Negeri Dr G Gunarajah bergambar bersama peserta kaum ibu dalam acara memotong kek sempena sambutan Hari Ibu pada program Fun Walk Clean and Green di Taman Tasik Botanik, Klang pada 15 Mei 2023. Foto Pusat Khidmat DUN Sentosa[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.