Oleh AZIAN AZIZ
SHAH ALAM, 12 MEI: Majlis Hari Raya Aidilfitri 2023 Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Perumahan Exco Sekyen 7 dekat sini dihadiri kira-kira 1,500 orang termasuk kakitangan dan tetamu.
Lebih meriah majlis itu turut dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.
[caption id="attachment_581059" align="aligncenter" width="676"]
Tetamu bergambar pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Rumah EXCO, Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Pelbagai juadah disediakan antaranya kambing golek, ayam gunting, sotong bakar, laksa, apam balik dan nasi tomato.
Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kugiran Kelab Perbendaharaan Negeri Selangor.
[caption id="attachment_581060" align="aligncenter" width="728"]
Tetamu mengambil juadah pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbendaharaan Negeri Selangor di Dewan Rumah EXCO, Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Turut hadir Speaker Dewan Negeri Selangor Ng Suee Lim, EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian serta pegawai kanan Kerajaan Negeri.


