ad
AGENSI

Mohd Fauzi dilantik Datuk Bandar Subang Jaya, Ani Ahmad Yang Dipertua MPAJ

2 Mei 2023, 11:55 PM
Mohd Fauzi dilantik Datuk Bandar Subang Jaya, Ani Ahmad Yang Dipertua MPAJ

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 3 MEI: Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim antara empat pegawai pentadbiran Kerajaan Negeri yang dilantik ke jawatan baharu berkuat kuasa semalam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menerusi Facebook memaklumkan Mohd Fauzi dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya.

Jawatan yang ditinggalkan Mohd Fauzi diisi oleh bekas Pegawai Daerah Hulu Langat Dr Ani Ahmad. Pelantikan Dr Ani menjadikan beliau wanita pertama memegang jawatan Yang Dipertua MPAJ.

Bekas Pegawai Daerah Petaling Dato' Mohd Jusni Hashim pula menggantikan tempat Dr Ani.

Sementara itu, bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Rahilah Rahmat pula menggantikan tempat Mohd Jusni.

Surat pelantikan semua pegawai pentadbiran tersebut disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim di Bangunan SUK, Shah Alam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.