AGENDA

Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus

30 Apr 2023, 2:03 PM
Bilik terbakar, wanita warga emas melecur 90 peratus

JOHOR BAHRU, 30 APRIL: Seorang wanita warga emas melecur 90 peratus selepas bilik di bahagian tingkat atas kediamannya di Taman Pelangi Indah, di sini, terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Saifulbahri Safar berkata wanita berusia 60 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail dengan jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.11 pagi tadi sebelum 14 orang anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu, anak perempuan mangsa yang berusia 36 tahun turut melecur kira-kira dua peratus di tapak tangan serta dagu dan menerima rawatan di hospital yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada 6.02 pagi tadi, kata Saifulbahri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.