ad
ADN

Penduduk DUN Banting dipelawa kunjungi enam jualan murah sehingga Mei

29 Apr 2023, 9:52 AM
Penduduk DUN Banting dipelawa kunjungi enam jualan murah sehingga Mei
Penduduk DUN Banting dipelawa kunjungi enam jualan murah sehingga Mei

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 29 APRIL: Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting dipelawa mengunjungi jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang bermula hari ini.

Wakil rakyatnya Lau Weng San berkata jualan barangan asas pada harga murah itu bakal berlangsung di enam lokasi sehingga pertengahan Mei.

"JER yang berehat sebulan kembali semula, pada akhir April dan juga bulan Mei bermula di KRT Taman Banting (29 April) dan Taman Suria Bandar Mahkota (30 April).

"Bulan depan pula JER akan berlangsung pada 2 Mei di Tapak Pasar Malam Sungai Rambai, Dataran Sam Kuan, Kampung Pulau (6 Mei), Flat Bandar Sungai Emas (10 Mei) dan Balai Raya Taman Yayasan Jenjarom (13 Mei)," kata Lau Weng San menerusi Facebook.

Tambahnya, orang ramai boleh kembali mendapatkan barang-barang keperluan asas pada harga murah sementara dalam musim perayaan ini.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga menjelang Mei.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.